Blog T'baik CapAyam D M'sia!

Gambar Neelofa Bertudung Pakai Legging


Bila masa pula pengacara program Meletop mempunyai anak? Adakah pelakon itu telah mengambil anak angkat sejak berhijab beberapa bulan lalu?

Bayi tersebut amat comel dan secara tidak langsung menyerlahkan sifat keibuan yang terpendam dalam diri Neelofa. Aktres berusia 25 tahun itu semakin cantik dan berseri-seri setiap hari.

Malangnya, beliau telah mem"private"kan akaun Instagram peribadinya sehingga orang ramai tidak lagi dapat mengikuti perkembangan dirinya. Untung buat mereka yang telah di"accept" menjadi pengikut Neelofa.

Baru-baru ini, Neelofa telah memuatnaik sekeping gambarnya bertudung hanya memakai legging ketika membawa anaknya memilih perabot rumah.

Foto tersebut mendapat pelbagai respon dan komen dari peminat. Ada segelintir dari mereka tidak begitu menyenangi seluar legging yang dipakai Neelofa kerana dikatakan tidak sesuai dengan imej bertudungnya.

Mungkin ada benarnya juga komen yang ditinggalkan mereka namun memandangkan Neelofa baru sahaja berhijab jadi beliau perlu diberi masa untuk berubah lebih baik dari masa ke semasa. sumber




Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Gambar Neelofa Bertudung Pakai Legging "

Back To Top